Join for FREE | Take the Tour Lost Password?
[x]

deviantART

 

CHANTEK: Teaser

Wed Mar 28, 2007, 8:05 PM
Chantek/Cantik – kirana, sangat menarik apabila dipandang (orang perempuan, rupa muka , bangunan, benda, permandangan, dll), sangat elok, sinar (nur)
(Kamus Dewan Edisi Ketiga 1994)

Chantek/Cantik – (orang): lawa, jelita, cantik rupawan, juita, bahari, ayu, manis, segak, tampan, kacak, comel, molek, mongel, menawan, menarik, kirana, laksemi, jambu, syahdu, merinin, janguk, jombang, ganteng, gombang, gelis, sedu
(Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, 1998)

  • Mood: Optimism

Trying NOT to Become A Monster

Sun Jan 21, 2007, 4:37 PM
First it was my car --- knocked from behind, smashing the rear lamp and scratching the bumper. Which is, still ok considering the body is still intact and the comfort of driving a 2 tonne MPV remains unscathed.

Next it was a friend who refused to answer any of my calls --- he either ignored or switched off his cell phone. Which is, I believe maybe he could have some personal problems that require his full concentration.

To add, my maid who has been with us for nearly two years wanted to resign beginning March '07 --- reason being her daughter is "asking her to come back to Indonesia". Slight problem there, but I believe still could be solved by placing a few phone calls to old friends.

That doesn't include banks calling me almost everyday for default loan payments --- although I said I'll pay by end of the month. Somehow I still understand that these buggers are paid to do their jobs and they are doing what they are paid to do.

Whatever comes next, I'll try to think positive and address all those issues one at a time.

Things could have been worse, I suppose!

  • Mood: Sadness

Sepetang Bersama Ted Adnan

Mon Jan 15, 2007, 9:59 PM
Assalamualaikum.

Mula-mula Photography Bug, sekarang PHOTOSHOP Bug pula!

Seperti mana saya bukannya seorang yang akil berfotografi, saya juga tidak memiliki sebarang asas dalam art/design.

Akhirnya saya berpeluang untuk benar-benar duduk dengan Saudara Ted Adnan, yang merupakan salah seorang jurugambar terkenal di Malaysia. Beliau dianggap sebagai 'sifoo' oleh kebanyakan peminat fotografi dan sering menganjurkan bengkel-bengkel fotografi dari masa ke semasa. Walaupun sudah memiliki nama besar dan senarai klien yang 'impressive' Ted sebenarnya amat peramah dan tidak lokek ilmu. Tiada diskriminasi atau 'hidung tinggi' bila mana beliau menyampaikan ilmu kepada yang baru belajar seperti saya hinggalah yang sudah boleh bergelar pro.

Tetapi... Ted dah cakap awal-awal yang dia bukan 'tukang ambik gambar orang kawin'... ahakss!!!

Saya sebenarnya mengenali beliau secara tak sengaja sewaktu melayari web mencari gambar-gambar artistik (bukan gambar yang tu laa...), yakni foto yang dirakam berdasarkan konsep dan seterusnya dimanipulasi menggunakan perisian seperti Photoshop. Nak dijadikan cerita, saya ketemu dengan laman web Fotopages beliau dan tidak lama selepas itu dia ditugaskan untuk suatu sesi fotografi bagi produksi 'coffee table book' yang saya usahakan.

Mulanya di pertemuan itu Ted 'browse through' imej-imej yang telah dirakam menggunakan kamera digital 'chekai' saya. "Yang ni lari fokus". "Yang ni lighting tak cukup". "Yang ni pula tak kena mood' --- antara kritikan yang saya terima. Namun bagi setiap kritikan, Ted menyatakan pula tips bagi memperbaiki shots berkenaan.

Saya bertanyakan beliau kaedah untuk membuatkan foto hitam putih nampak 'terang'. Saya nyatakan bahawa saya telah mencuba menggunakan mode 'black and white' dalam kamera digital namun masih tidak dapat hasil yang memuaskan.

Ted terus mengeluarkan iBook beliau (dia membawanya ke merata tempat) dan terus menunjukkan demonstrasi menggunakan perisian Photoshop. Agak mudah sebenarnya.

Selesai sesi teh tarik, kami bergerak ke lokasi untuk sesi fotografi waktu malam di bangunan Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan. Melintas jalan, memanjat tangga dan set up semua peralatan di bangunan berhadapan Muzium Telekom. Dan menunggu, kerana Ted ingin mendapatkan 'biru langit' ketika senja. Selepas hampir satu jam menunggu, sesi pun bermula dan saya ada mengambil beberapa shots menggunakan kamera sendiri. Selesai foto exterior, kami mengambil beberapa shots 'perspective' menggunakan tiang-tiang 'Greek' di hadapan bangunan berkenaan.

Hmmm... not bad!!! Welcome to the digital technology!!!

Pulang ke rumah, saya membuka notebook usang saya dan mengakses Photoshop. Eksperimen demi eksperimen dilakukan sehingga tak sedar jam sudah pukul 4 pagi! Semalam cuma tidur 2 jam sahaja, adussss!!!! Bukan setakat hitam putih, habis bermacam warna saya latam!

Namun bila melihat semula hasil-hasil kerja yang dilakukan bersengkang mata berbekalkan tips ringkas Ted, saya rasa saya boleh tersenyum sendiri. Saya tidak pernah mengetahui bahawa imej yang dirakam oleh sesuatu kamera itu sebenarnya boleh digunakan sebagai ekspresi diri dan 'complement' hasil-hasil karya literatur bertulis.

Seperti mana kadangkala saya tersenyum selepas membaca semula antara artikel-artikel favorit yang pernah saya nukilkan.

Anda boleh melayari laman web Ted Adnan di [link]


Wassalam.

Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia

--------------------------------------------------------------------------------
E-mel: asrulmm@time.net.my
MSN/Yahoo Messenger ID: asrulmm ICQ ID: 66752710
Urip mata lensa di [link]

© 2007 Asrul Muzaffar Mohammed, Hakcipta Terpelihara
Untuk menyertai Bandar Utopia eGroup dan mendapatkan artikel-artikel Pentadbir, hantarkan emel kosong ke BandarUtopia-subscribe@yahoogroups.com. Untuk menyertai Relexjap, hantarkan emel kosong ke Relexjap-subscribe@yahoogroups.com atau lawati [link]

  • Mood: Wow!
  • Listening to: U2 & Green Day's 'The Saints Are Coming'

10/1: Tiga Jam Di COVEC

Wed Jan 10, 2007, 9:31 PM
Assalamualaikum.

Inilah artikel KETIGA yang saya cuba nukilkan setelah minda dan minat tiba-tiba terbantut untuk DUA sebelum ini! Biasalah tu, sejak saya aktif menulis ke arena maya sejak tahun 2001 dahulu, saya mempunyai banyak artikel 'separuh jalan' dan banyak juga yang siap namun tidak dipos kerana kurang berpuas hati dengannya. Ada yang saya rasakan tidak mempunyai isi kukuh. Ada yang saya rasakan tiada penghujung. Ada juga yang perlu dilakukan kajian lanjut (dan menuntut masa).

Namun sebetulnya kerana saya agak 'fed up' dengan kelajuan jalur internet yang amat amat amat terbatas sejak kabel dasar laut sekitar Taiwan terjejas angkara gempa bumi baru-baru ini. Sememangnya ini suatu 'fed up' yang 'jual ikan' (selfish) kerana ianya mengenepikan keluhan mangsa yang hilang itu ini dalam kejadian tersebut padahal kita di sini lantang komplen hanya kerana salah satu dari rutin harian terganggu


10/1: TIGA JAM DI COVEC

"Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu" (Al-Ankabuut, ayat 20)

Sekadar meluangkan masa yang selalunya terisi dengan Internet, semalam saya mengunjungi Pameran Kegemilangan Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman yang kini sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (COVEC). Perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah betapa 'lavish' pameran tersebut yang dibiayai penuh oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Walaupun dianjurkan di premis yang kini merupakan 'premis termahal' ibukota dan kempen promosi yang agak meluas, tiada sebarang bayaran masuk dikenakan malah setiap pengunjung mendapat 'cenderahati' berbentuk pen, poster dan buku nota. Selain itu hadiah-hadiah cabutan bertuah juga disediakan dari hamper ke pen drive, telefon bimbit hinggalah laptop. Cuma agak memusykilkan kerana ada kakitangan MOSTI yang 'bertuah' memenangi antaranya (staff, organisers and contractors aren't supposed to participate --- ia merupakan antara syarat utama sebarang pertandingan atau cabutan bertuah seumpamanya).

Tapi saya akui memang barang-barang pameran yang ada amat berkualiti dan menarik persembahannya. Timbul rasa kagum kerana semua barangan tersebut merupakan koleksi peribadi Prof Dr Fuad Sezgin, pengasas Institut Sains Arab-Islam di Johann Wolfgang Goethe University, Germany. Pameran tersebut juga dijayakan dengan kerjasama Institut berkenaan.

Soal apa yang ada dipamerkan pada saya biarlah anda lawati dan nikmati sendiri. Dalam ruang terbatas ini saya ingin menggariskan beberapa observasi ringkas mengenai pameran berkenaan.


(a) Mencemerlangkan Masa Lampau

Tidak syak lagi bahawa sememangnya tamadun Islam merupakan pelopor kebanyakan penemuan sains dan matematik dunia. Tokoh-tokoh seperti Ibnu Sina, Al-Arabi, Al-Razi dan sebagainya merupakan nama yang sering disebut bila saja kita mencemerlangkan masa lampau. Walau dari satu aspek, pameran ini akan berupaya mencelikkan ramai antara kita akan kemajuan tamadun Islam satu ketika dahulu, namun saya tidak dapat lari dari mengingati kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang dihasilkan antaranya untuk "membangkitkan semangat orang Melayu setelah kejatuhan kesultanan Melaka akibat jajahan asing". Melihat dari aspek ini, saya tidak dapat lari dari menyamakan kewajaran kitab tersebut dengan pameran di COVEC ini yang juga dianjurkan ketika imej, jatidiri dan ekonomi Islam berada di antara tahap paling rendah dalam sejarah moden.

Sampai bilakah kita harus terus-terusan gah mengatakan "tamadun Islam dulu adalah agung" padahal sekarang ini kita ketinggalan dalam banyak hal. Malah orang lain juga boleh menjawab; "Apa nak heran? Tamadun Rom dahulu pun agung gak dan melahirkan ramai pengasas dan penemuan? Malah Ibnu Sina dan ramai saintis Islam juga banyak merujuk pada hasil kerja Socrates, Plato, Aristotle dan sebagainya. SO WHAT?"

Tidak salah andai kita mencemerlangkan masa lampau. Namun ada kalanya kita harus sedar akan kedudukan kita sekarang dan bangkit dari kenang-kenangan silam. Jangan hanya hidup di masa lampau. Kegemilangan masa lampau tidak akan banyak bermakna andai kita mengalami kemuraman masa kini.


(b) Memilih Bulu

Tidak lama dahulu saya ada membaca artikel di akhbar tempatan yang menggariskan akan 'bahaya ajaran Sufi'. Jelas bahawa artikel tersebut ditulis, atau sekurangnya didapatkan bahan melalui pendapat ulama-ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Artikel tersebut membidas ahli-ahli sufi seperti Rabiatul Adawiyyah dan Al-Hallaj yang dikatakan telah 'sesat akidah' melalui puisi-puisi dan hasil-hasil kitab mereka. Sejurus membuat saya teringat akan emel layang yang agak 'famous' tahun lepas mengenai lagu 'Satu' oleh kumpulan Dewa19 dari Indonesia yang mana juga mendapat inspirasi dari Al-Hallaj.

Di sinilah kita mengamalkan 'double standard' tanpa kita sedari, setidaknya oleh orang kebanyakan. Kemajuan dan penemuan sains, matematik dan perubatan oleh tokoh-tokoh Islam yang sering diwar-warkan tersebut adalah terhasil dari susur galur pemikiran dan prinsip sufisme. Al-Khawarizmi, Al-Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Rushd dan Nasr Al-Farabi adalah ahli sufi. Malah jika anda membaca keterangan pada exhibit-exhibit pameran ini, nama-namanya memang 'ring a bell' dan pernah ditemui ketika membaca buku-buku berkenaan sufisme.

Saya akui, fahaman sufisme bukanlah untuk orang kebanyakan kerana ia menuntut disiplin, pemahaman, pemikiran dan amalan yang mungkin kelihatan 'ekstrem' terutama untuk pengikut Ahlul Sunnah. Antaranya seperti menyamakan agama dengan 'lampu yang dilihat melalui cermin berbeza warna di mana warna yang terhasil adalah berbilang namun punca cahayanya tetap sama, dari Yang Satu'. Jika anda merasakan takrifan ini seperti 'familiar', mungkin anda telah membaca 'quotation' ini dipenghujung filem "Gubra" tidak lama dahulu.

Tetapi adalah agak hipokrit bilamana kita mengatakan bahawa 'sufisme menyelewengkan akidah' padahal dalam nafas yang sama kita mewar-warkan akan kegemilangan tamadun Islam dalam sains, matematik dan perubatan yang dilakukan oleh pengikut-pengikut sufisme!

"Maka Maha Tinggi Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al-Qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: "Ya Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan"". (Surah Al-Thaha, ayat 114)


(c) Mana Silapnya?

Ini pernah saya nukilkan berulangkali dalam artikel-artikel bersiri E2 dan yang membincangkan tentang 'Metoda Pemikiran Saintifik'.

Satu masa dahulu ketika Eropah masih di dalam Dark Ages (Zaman Kegelapan) dimana kepercayaan tentang bomoh, dukun, pawang, hantu, tahyul dan seumpamanya bermaharajalela --- tamadun Islam sudahpun menempa kejayaan demi kejayaan dibidang sains, matematik, perubatan dan pelayaran. Ketika paderi-paderi Katolik gah menjalankan sesi 'menghalau hantu' yang kononnya merasuk mangsa, para saintis Islam sedang mengkaji cara pembiakan bakteria dan virus penyakit malaria.

Tetapi kini Eropah telahpun maju sehingga mampu menghantar roket ke angkasa lepas termasuklah berbilang penemuan dan ciptaan teknologi canggih --- manakala umat Islam pula gah mempercayai tahyul, hantu, kuntilanak, bomoh, air jampi dan keramat!


(d) Mengikut Tanpa Sedar

Contoh terbaik mengenai (c) di atas adalah boleh ditebak dalam satu artikel dalam Utusan Malaysia baru-baru ini ([link];pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&;pg=ba_03.htm) yang merupakan coverage terhadap pameran yang sedang kita bincangkan ini.

Pada awal artikel tersebut, jelas bahawa penemuan-penemuan matematik yang digariskan penulis adalah kebanggaan bagi kita umat Islam. Namun jelang akhir artikel tersebut, penulis mula menyerapkan elemen-elemen pseudo bila menceritakan tentang signifikan angka 7 dalam hal ehwal dunia (lepas 7 tahun gemilang, 7 tahun berikutnya akan menjadi zaman mundur bagi mana-mana negara).

Sebenarnya signifikan angka 7 adalah dipromosikan oleh fahaman dalam Kristianiti --- 7 Dosa Maut (7 Deadly Sins), Alam dicipta dalam 7 hari, ada 7 petala langit, anak sulung 7 keturunan (ooopss... tu title filem Melayu lama... hehehehe) dan banyak lagi. Inilah antara sebab kenapa adanya pertentangan di antara agama Kristian dan teori Big Bang yang menunjukkan bahawa alam tidak tercipta dalam 7 hari tetapi sebenarnya lebih 10 bilion tahun yang lampau.

"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?" (surah Al-Anbiyya, ayat 30)

Kadang-kadang segolongan kita terlalu obses takut terseleweng akidah 'terjebak dengan ajaran Kristian' namun sedarkah kita bahawa ada kepercayaan-kepercayaan kuno yang gah kita pertahankan sehari-hari sebenarnya adalah berasal dari fahaman Kristian ortodoks? Padahal andai ajaran Islam menjuruskan kita mempercayai perkara-perkara tahyul, mustahil saintis-saintis Islam purba akan merealisasikan kejayaan mereka dahulu. Ini kerana penemuan-penemuan tersebut adalah berpaksikan keterangan-keterangan yang terkandung dalam Al-Quran sendiri.


(e) Islam Dan Sains

Tahukah kita semua bahawa Islam tidak mempunyai pertentangan dengan penemuan Sains dahulu dan kini berbanding agama lain? Poin-poin yang diutarakan oleh mereka seperti Harun Yahya yang mana saya anggap sebagai penulis pseudo science sebaris dengan Erich Von Daniken (ancient astronaut) atau Charles Berlits (Bermuda Triangle) terhadap Teori Evolusi sebenarnya diangkat dari puak Creationism agama Kristian ortodoks. Tahukah juga anda bahawa pihak Gereja Vatican cuma 'membenarkan' hakikat bahawa bumi bukan berada di pusat cakerawala dan sebenarnya berpusing mengelilingi matahari sekitar tahun 1980an dahulu padahal saintis Islam telah mewar-warkan penemuan ini beratus-ratus tahun dahulu? Malah Galileo juga pernah diancam dengan hukuman bunuh andai beliau tidak menarik kembali kenyataannya bahawa bumi tidak statik dan sebenarnya mengelilingi matahari seperti planet lain dalam sistem solar kita.

Saya akui tiada agama di dunia ini termasuk Islam yang boleh diletakkan di bawah mikroskop untuk dikaji kebenarannya berdasarkan hukum-hukum dan prinsip Sains. Sains sendiri tidak boleh membuktikan kewujudan Tuhan Yang Satu, Qiamat, Syurga, Neraka dan sebagainya yang lebih menjurus kepada kepercayaan. Namun saya memilih Islam berbanding agama lain kerana ianya merupakan satu-satunya agama yang menekankan intelektualisme dan pemikiran saintifik. Di mana agama lain mengharapkan mukjizat seperti menghidupkan orang mati atau menyembuhkan penyakit kusta sebagai bukti, mukjizat utama dalam Islam ialah Al-Quran sendiri.... sebuah kompilasi ilmiah, sebuah kitab, suatu janaan pengetahuan yang mengkehendakkan penganutnya memBACA. Malah itulah suruhan pertama dari Allah ketika suatu bulan Ramadhan 1,500 tahun yang lampau. "Iqra'!!!"

"Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah yang Paling Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya" (surah Al-Alaq, ayat 1-5)

Walaupun prinsip Sains tidak boleh digunakan secara langsung, tetapi nas Al-Quran itu sendiri sebenarnya menggalakkan manusia berfikir secara saintifik dan nas inilah yang digunapakai oleh saintis-saintis Islam yang mana hasil kerja mereka dapat dilihat dalam pameran yang sedang berlangsung di COVEC sekarang. Inilah metoda yang digunapakai oleh Imam Al-Ghazalli dan juga yang diterap oleh Ibnu Sina. Melalui observasi tanpa prejudis, dengan eksperimen, dengan ujikaji, dengan membuat hipotisis, menguji hipotisis dan mengujinya lagi berkali-kali sehingga semua hasil kajian membuktikan sesuatu yang mufrad dan tidak boleh disangkal.

Bukannya hanya kerana kita terdengar bunyi orang berjalan di luar bilik kita terus mengatakan bahawa 'makhluk ghaib' atau bunian hidup di rumah kita. Atau bila Mek Kiah meracau-racau terus dikatakan dirasuk hantu (padahal mungkin Mek Kiah menghidap skizoprenia atau stress akibat kenaikan harga minyak).

"Allah memberikan hikmah (wisdom) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberi hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal". (Surah Al-Baqarah, ayat 269)

Kesimpulannya, lawatilah pameran tersebut yang kini berlangsung di COVEC dari 8 hingga 14 Januari dari 10 pagi ke 10 malam. Selepas tarikh itu, ianya akan disambung di Pusat Sains Negara mulai 23 Januari hingga 31 Mac pula. Selain kemungkinan memenangi hadiah cabutan bertuah (setidaknya dapat pen dan pad nota percuma), renungilah legasi saintis-saintis berkenaan dan tanya pada diri kita.

Jika dulu kita sudah boleh, kenapa sekarang kita tidak boleh mengulanginya?

Wassalam.


Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia
------------------------------------------------------------------------------
E-mel: asrulmm@time.net.my
MSN/Yahoo Messenger ID: asrulmm ICQ ID: 66752710
Urip mata lensa di [link]

© 2007 Asrul Muzaffar Mohammed, Hakcipta Terpelihara
Untuk menyertai Bandar Utopia eGroup dan mendapatkan artikel-artikel Pentadbir, hantarkan emel kosong ke BandarUtopia-subscribe@yahoogroups.com. Untuk menyertai Relexjap, hantarkan emel kosong ke Relexjap-subscribe@yahoogroups.com atau lawati [link]

  • Mood: Mesmerized
  • Listening to: Queen's "One Year Of Love"

Dahiat Yang Menyedarkan

Thu Jan 4, 2007, 8:47 PM
Assalamualaikum.

SELAMAT TAHUN BARU 2007!

Dalam artikel saya yang lepas-lepas, saya selalu tekankan akan pentingnya kita memiliki 'leverage' atau kelebihan di dalam mana-mana urusniaga atau urusan yang kita jalankan. Secara ringkasnya, kita perlu tahu apa kelebihan atau perkara yang kita miliki yang ingin dimiliki atau dikongsi oleh pihak yang satu lagi. Contohnya, jika kita ingin mendapatkan pinjaman bank untuk sesuatu projek, kita harus canangkan bagaimana projek tersebut akan menguntungkan pihak bank andai mereka bersetuju memberi pinjaman tersebut. Kita juga harus mewar-warkan bagaimana undertaking tersebut merupakan 'win-win' situation yang akan menguntungkan semua pihak. Lebih baik lagi jika kita dapat menyatakan bahawa risiko pada pihak tersebut andai mereka bersetuju bekerjasama adalah nil atau amat minima.

Namun realitinya kita bukan selalu memiliki sesuatu leverage. Jadi ada kalanya kita harus berkreatif walaupun contohnya projek tersebut masih ditahap bertatih. Setengah orang mengatakan kaedah ini sebagai 'menggoreng' tapi ia bagi saya merupakan suatu skil rundingan, tentunya wajib jika disertakan dengan fakta atau statistik untuk menyokong hujah kita.

3 Januari 2007. Dua hari lepas. Saya dalam perjalanan pulang setelah menghadiri suatu majlis Qurban yang diadakan di premis klien. Tiba di simpang, saya menunggu sebuah teksi berlalu sebelum saya memasuki jalan berkenaan. Tiba-tiba... "BUMPPP"... terasa suatu hentakan kuat di belakang Naza Ria yang saya pandu. Rupanya ia telah disodok oleh sebuah van Mercedes membawa pelancong asing. Saya turun dan mendapati lampu belakang di sebelah kanan pecah dan bumper penuh calar dan kemek.

Pemandu van tersebut juga turun. Pada mulanya beliau cuba membela diri dengan mengatakan bahawa "ingat abang dah nak keluar simpang". Namun pada saya alasan itu tak boleh dipakai. Beliau seharusnya memastikan saya BETUL-BETUL telah keluar simpang tersebut sebelum menggerakkan kenderaannya ke hadapan.

Memandangkan beliau tidak mahu melaporkan pada pihak polis, beliau bersetuju untuk membayar kerosakan pada kenderaan saya. Jadi setelah mengambil gambar (sekarang saya membawa kamera digital di dalam kereta sepanjang masa) dan bertukar nombor perhubungan, saya mengatakan bahawa saya akan menghubungi mekanik saya untuk menilai jumlah kerosakan dan mengkhabarkan padanya kemudian.

Tidak lama setelah pulang ke pejabat, saya dihubungi majikan pemandu berkenaan yang ingin berunding. Beliau mengatakan bahawa syarikatnya tidak akan membayar kerosakan kereta saya kerana kecuaian tersebut di sebabkan oleh pemandu (memang ini prosedur semua syarikat pengangkutan dan yang menjalankan servis berkaitan). Beliau kata, pemandunya cuma mampu membayar sekitar RM200 sahaja. Sedangkan menurut estimate yang saya dapat dari mekanik Naza Services, untuk menukar lampu sahaja ia akan menelan sekitar RM320 (kena tukar satu set, tak boleh tukar 'cover' saja macam Proton) manakala segala ketuk dan mengecat akan menelan sekitar RM300 lagi.

Now. Saya selalu membincangkan akan pentingnya leverage dalam sesuatu rundingan. Dalam hal ini, leverage dimiliki sepenuhnya oleh saya. Pertama, kereta saya dilanggar dari belakang. Kedua, syarikat tersebut sebenarnya menjalankan operasi mengangkut pelancong tanpa lesen rasmi dari Tourism Malaysia. Jadi jika saya menolak cadangan majikan tersebut dan memilih untuk melaporkan pada polis, memang syarikatnya akan mengalami kesusahan.

Tetapi dalam minggu lepas juga ketika bershopping untuk barang-barang sekolah keperluan anak saya, saya terbersit akan kesukaran yang dialami oleh semua ibubapa (terutamanya yang berpendapatan rendah) setiap kali bermula sesi persekolah. Imej-imej pemilik kereta yang terpaksa diisytihar sebagai 'total loss' dalam banjir luarbiasa di Johor juga masih terbayang. Itu belum termasuk dengan realisasi dalam keselesaan memandu Naza Ria, ada dilihat ibubapa yang terpaksa mengusung anak hingga 2-3 orang menaiki motosikal ke sekolah kerana tidak mampu memiliki kereta. Dan saya terfikir mungkin keadaan akan menjadi buruk andai ketika kemalangan tersebut saya memandu sebuah Proton atau Kancil. Ini kerana saya pernah terbabit dengan eksiden ketika memandu Proton Waja yang dahulu dan saya tahu hentaman yang serupa akan menyebabkan bonet dan badan Waja kemek teruk.

Jadi dalam perbualan telefon dengan majikan pemandu yang melanggar kereta saya tersebut saya memutuskan bahawa cukuplah jika beliau sekadar membayar harga lampu yang pecah. Malah saya menyatakan bahawa saya serahkan pada beliau untuk mencari sendiri lampu tersebut (kerana mereka dalam bidang berkenaan ada 'kaki' untuk mendapatkan alat ganti yang lebih murah dari harga pasaran). Soal kemek, kata saya, saya akan handle. Saya juga meminta agar beliau 'berlembut' dengan pemandu berkenaan dan tak perlulah dimarahi dengan teruk kerana saya faham dia 'hanyalah pemandu' dan mempunyai tanggungan dengan gajinya yang sedikit. Consultant fee saya pun tidak sebesar mana tapi yang pasti ianya lebih banyak dari gaji pemandu tersebut, kan? Dengan erti kata lain saya berada dalam situasi yang lebih baik dari beliau.

Pendekkan cerita, lampu yang pecah telah diganti dan dipasang semula. Saya dengan majikan pemandu tadi juga menetapkan untuk berjumpa minggu hadapan untuk pekena teh tarik dan mengenal pasti mana-mana projek yang kami boleh usahakan bersama. Bumper Naza Ria saya masih kemek dan penuh calar tetapi keselesaan memandu Kereta Kebal Gergasi ini masih 'intact' dan tidak mempunyai efek.

Saya mengirim beberapa SMS kepada kenalan menceritakan hal pelanggaran tersebut. Balas seorang rakan; "Hai... awal tahun dah terima dugaan". Hmm... entahlah, pada saya ini bukanlah suatu dugaan namun sebagai suatu kesedaran akan pentingnya kita bersyukur dengan apa yang kita miliki jika dibandingkan dengan mereka yang mungkin tidak begitu bernasib baik.

Julius Caesar pernah mengatakan bahawa Kuasa (Power) yang sebenar bukanlah diukur bilamana seseorang itu mempunyai keupayaan, kelebihan atau leverage untuk menjatuhkan hukuman atau menekan mereka yang bersalah atau yang tak sependapat dengannya.

Tetapi Kuasa yang sebenar ialah apabila orang yang memiliki Kuasa tersebut tahu akan kelebihannya (leverage) dan memilih untuk TIDAK menggunakannya.

Wassalam.


Asrul Muzaffar Mohammed
Pentadbir - Bandar Utopia

--------------------------------------------------------------------------------
E-mel: asrulmm@time.net.my
MSN Messenger ID: asrulmm@hotmail.com (bukan untuk perhubungan e-mel) ICQ ID: 66752710

© 2007 Asrul Muzaffar Mohammed, Hakcipta Terpelihara
Untuk menyertai Bandar Utopia eGroup dan mendapatkan artikel-artikel Pentadbir, hantarkan emel kosong ke BandarUtopia-subscribe@yahoogroups.com atau lawati [link] . Untuk menyertai Relexjap, hantarkan emel kosong ke Relexjap-subscribe@yahoogroups.com atau lawati [link]

  • Mood: Daily Needs
  • Listening to: U2's "A Sort Of Homecoming"

Site Map